ahlan wasahlan
Ahlan Wasahlan
Tuesday, October 5, 2010
JAMUAN AIDIL FITRI 2010
Tuesday, August 31, 2010
Pentingnya Sifat Cermat Dalam Membuat Tindakan
Saturday, 19 Ramadan 1431 Bersempena dengan peristiwa turunnya Al Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS disegenap lapisan peringkat untuk memanafaatkan baki Ramadhan yang tinggal ini agar ianya diisi dengan amal soleh dan mampu untuk menghampirkan diri kita kepada Allah SWT. Selain dari itu, saya juga ingin memperingatkan kepada seluruh ahli, petugas dan para pimpinan yang berhadapan dengan masyarakat awam Islam dan bukan Islam agar sentiasa bertindak dengan cermat berdasarkan ilmu yang jelas dan penuh hikmah dalam segala bentuk pertuturan, perancangan, tindakan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi menjalankan amanah kemenangan yang diberi oleh Allah SWT di segenap ceruk dalam negara kita ini. Janganlah kita bertindak dengan cara yang disangkakan beroleh kebaikan, akan tetapi natijahnya menyebabkan kita sibuk diasak oleh musuh menerusi media yang tidak memihak kepada kita, dan terpaksa pula kita menghabiskan masa untuk menjawab dan mempertahankan sesuatu isu yang ditimbulkan itu. Sesuatu tindakan yang pada asalnya dibolehkan sekalipun, akan tetapi jika menyebabkan polemik dalam masyarakat, malah merugikan pula dari sudut pandangan siyasah umum, maka lebih baik ianya dielakkan. Apatah lagi dalam tindakan yang boleh mendatangkan fitnah kepada organisasi parti PAS itu sendiri. Semuanya perlu dipertimbangkan bagi menjaga maslahat umum seperti disebutkan di dalam kaedah fiqh : Almaslahatul 'ammah muqaddamah 'ala maslahah khasah (Maslahat umum diutamakan dari maslahat khas) dan Dar'ul mafasid muqaddam 'ala jalbil masalih (menolak keburukan diutamakan daripada mengambil maslahah). Selagi mana ia bukanlah satu perkara yang bersifat prinsip, atau sesuatu hukum yang qat'i, maka kaedah tersebut perlulah diguna pakai dalam tindakan-tindakan kita sebagai pejuang Islam, termasuklah dalam proses kita memperkasakan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan. Semoga segala tindakan kita sentiasa dipimpin oleh syariat dan mendapat petunjuk dari Allah SWT.
dipetik dari tazkirah DS TGHH Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) |
Sunday, August 22, 2010
Hak-hak dan kewajipan ahli PAS
- Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.
- Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya.
- Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti.
- Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.
- Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.
- Kewajipan-kewajipan ahli :
- Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa.
- Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus.
- Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetapkan dan diarahkan.
- Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam.
- Memperkuatkan kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri.
- Pada ‘amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.
- Setiap ahli PAS berhak memohon berpindah Kawasan PAS dan berkewajipan untuk mengemukakan satu permohonan bertulis untuk berpindah Kawasan dengan keterangan-keterangan yang perlu kepada Setiausaha Agung yang hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dengan seberapa segera yang boleh bagi menimbangkan permohonan yang berkenaan itu.
- Setiap ahli PAS yang berdaftar terus ke Pejabat Agung juga berhak memohon menjadi ahli sesebuah kawasan PAS dengan memohon mengikut kaedah yang sama yang disebutkan dalam ceraian (3)(a) Fasal ini.
- Setiap ahli PAS yang berpindah Kawasan itu tidak berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kawasan barunya melainkan setelah mendapat akuan kelulusan berpindah Kawasan dari Setiausaha Agung.
Thursday, August 12, 2010
Munaqasyah Ucaptama Ketua Pemuda Pas Pusat di KUIS
Sunday, August 8, 2010
Saturday, July 10, 2010
ELAK PERCANGGAHAN ANTARA UCAPAN DAN TINDAKAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Apabila seseorang itu mengaku bahawa dia seorang muslim, beerti orang lain akan selamat dari kejahatan lidahnya serta perbuatannya kerana diantara makna Islam itu adalah Selamat. Begitu juga dengan solat yang di fardhukan yang dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar...seandainya diluar solat dia melakukan kegiatan yang menzalimi orang lain sama ada perbuatan fitnah, dengki, khianat, mengumpat orang lain nyatalah perbuatannya itu bercanggah sama sekali dengan ikrar dan janji setianya ketika dalam solat. Secara automatik dia tergolong sebagai seorang pendusta di hadapan Allah S.W.T.Oleh itu, jika seseorang menyedari bahawa apabila menyebut kalimah "حنيفا مسلما" di dalam doa iftitah sedangkan dia sedar dirinya telah banyak menzalimi orang lain dengan lidah atau perbuatannya. Maka hendaklah dia menyesal dengan sesungguhnya yang telah melanggar janji-janjinya yang lalu, sesungguhnya dia telah memungkiri janji-janjinya kepada Allah S.W.T..Apa yang saya hendak ketengahkan di sini adalah tentang sikap kita yang rajin atau suka bercakap tetapi bercanggah dengan apa yang sering kita ucapkan di dalam solat kita....{ أَستغفرالله العظيم} itu belum termasuk persoalan aqidah yang bercanggah, bukankah seluruh paksi kehidupan kita tertegak di atas aqidah? Ingatlah wahai teman percanggahan dengan pengakuan kita merupakan pendustaan kepada Allah S.W.T.
والله أعلام