ahlan wasahlan

Ahlan Wasahlan

أهلا وسهلا ومرحبا بكم
ديوان فمودا فاس كاواسن راسه

Sunday, June 26, 2011



(1) Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

(2) Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

(3) Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

(4) Jika mereka tanya soal... pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

(5) Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

(6) Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab: ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

(7) Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

(8) Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

(9) Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

(10) Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

(11) Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Sunday, May 22, 2011

Doa Untuk amalan ahli PAS

Amalkan doa ini selepas selesai solat fardhu, 5x sehari...insya Allah akan kekuatan untuk berjuang di jalan Allah ini...

Thursday, May 5, 2011

Istidraj....

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
rencana@utusan.com.my

MUNGKIN ramai di kalangan kita tidak memahami istilah “istidraj”. Istilah ini berasal daripada bahasa Arab dan diambil daripada perkataan darajatun iaitu tangga.

Berdasarkan maksud sebenar, istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya.

Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda kebencian Allah terhadap golongan berkenaan.

Dengan kata lain, Allah mahu mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihan itu dan akhirnya tergolong di kalangan kaum yang tidak mendapat hidayah-Nya.

Ada juga pihak yang mentakrifkan istidraj sebagai anugerah Allah kepada hamba yang tidak diredai-Nya dan nikmat tersebut datang dalam pelbagai bentuk antaranya kuasa, kemewahan harta benda, kedudukan di sisi masyarakat, pengaruh serta pangkat.

Persoalannya, adakah mereka yang diberikan kemewahan dunia dianggap manusia istidraj? Begitu juga yang diberikan kuasa dan pengaruh. Adakah mereka yang berpangkat besar dianggap istidraj?

Jawapannya, tidak sama sekali. Istidraj hanya untuk golongan yang derhaka kepada Allah. Sebaliknya mereka yang menggunakan kelebihan sama ada kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat ke jalan Allah, pasti beroleh kejayaan di dunia serta akhirat.

Lihat sahaja para sahabat Rasulullah SAW. Ada di antara mereka diberikan kekayaan yang melimpah ruah antaranya, Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman dan Abdul Rahman Auf.

Mereka semua dianggap golongan berada. Siapa tidak kenal Abu Bakar yang juga merupakan khalifah Islam pertama dan seorang usahawan berjaya.

Ketika mudanya beliau berjaya mengumpulkan 40,000 dirham iaitu hasil daripada perniagaannya tetapi tidak pernah leka dengan kekayaan itu.

Semasa menjadi khalifah Islam pertama, Abu Bakar tidak pernah sekalipun menggunakan kuasanya sebagai pemimpin untuk kepentingan diri atau keluarganya kerana beliau amat takut dengan azab Allah.

Abu Bakar merupakan pemimpin hebat yang tidak ada tolok bandingnya dan meninggal dunia dalam keadaan beliau membelanjakan segala hartanya ke jalan Allah.

Berbalik kepada istidraj, manusia derhaka adalah mereka yang tidak mahu menunaikan suruhan Allah dan sering melanggar larangan-Nya.

Mereka enggan menunaikan kewajipan sebagai hamba dan lebih malang, gemar memperlecehkan hukum agama. Mereka juga cenderung melakukan maksiat dan menzalimi orang lain.

Golongan ini akan jauh daripada hidayah Allah. Mereka langsung tidak patuh dengan suruhan Allah.

Mereka enggan bersolat dan mereka terlalu sayangkan harta hingga mengingkari suruhan menunaikan zakat walaupun mereka diberikan pelbagai bentuk kemewahan.

Mereka diberikan segala kenikmatan tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat. Golongan ini sanggup menindas dan mengambil kesempatan ke atas orang lain demi kepentingan sendiri. Mereka tamak dan tidak pernah mensyukuri nikmat.

Rasullullah SAW pernah bersabda: “Apabila kamu melihat Allah Taala memberi nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

Menurut pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed, terdapat tiga tanda manusia istidraj iaitu sering memperlecehkan ibadat, penasihat di sekelilingnya bukan di kalangan golongan berilmu (dunia semata-mata) dan tidak mempedulikan nasihat yang baik.

Beliau berkata, amat malang apabila golongan yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh serta pangkat ini lupa bahawa kesemua nikmat tersebut adalah pemberian Allah dan merupakan “pinjaman”.

Mereka hanyut dengan nikmat yang diberikan hingga pada satu peringkat menjadi angkuh dan bangga dengan kelebihan tersebut. Nikmat itu gagal menjadikan mereka lebih tawaduk dan bertaqwa.

“Mereka langsung tidak nampak segala nikmat yang mereka peroleh itu datangnya daripada Allah. Manusia seperti ini (istidraj) tidak akan sedar nikmat itu sebenarnya tanda kebencian Allah terhadap mereka.

“Mereka juga tidak sedar bahawa segala nikmat dan kelebihan itu boleh ditarik pada bila-bila masa,” katanya.

Firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 182 yang bermaksud: “Dan orang yang mendustakan ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak ketahui.”

Satu lagi Firman Allah iaitu dalam surah Al-An’am ayat 44 yang bermaksud: “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan).”

Zahazan berkata, kedua-dua ayat di atas merupakan peringatan Allah kepada manusia istidraj bahawa mereka tidak akan selama-lamanya berada di puncak.

“Dalam surah Al-A’raaf ayat 182 tafsir Ibn Kathir ada menyatakan manusia istidraj akan menaiki tangga dan akhirnya sampai ke tangga paling akhir.

“Apabila berada pada kedudukan itu mereka masih mahu menaiki satu lagi anak tangga tetapi malangnya mereka akan jatuh kerana tiada lagi anak tangga selepas itu ,” kata Zahazan merujuk kepada ketamakan golongan istidraj.

Dalam pada itu katanya, kecenderungan berlakunya istidraj di kalangan manusia tetap ada hinggalah ke hari ini. Mereka adalah dalam kalangan mereka yang mendapat penyakit ghurur (tipu daya).

Manusia seperti ini kata Zahazan, mudah lupa daratan dan menganggap kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat sebagai lambang kekuasaan.

“Mereka mengenepikan Allah daripada segala segi dan golongan itu melebihkan kemewahan dunia,” tegasnya.

Contoh manusia istidraj ialah Firaun, Haman, Qarun, Namrud dan Abu Jahal. Kesemua mereka diberikan kelebihan, kenikmatan dan kemewahan tetapi mereka mengingkari Allah.

Akhirnya, mereka dibinasakan oleh Allah dan mati dalam keadaan yang amat hina.

Justeru beliau meminta masyarakat Islam terutama di kalangan mereka yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat supaya bersikap lebih tawaduk.

“Ingatlah semua pemberian tersebut adalah bersifat sementara kerana tiada apa yang kekal di dunia ini dan ingatlah Allah berkuasa menarik segala-galanya dalam sekelip mata,” katanya lagi.

PENULIS ialah wartawan Utusan Malaysia

Tuesday, October 5, 2010

JAMUAN AIDIL FITRI 2010

Dewan Pemuda PAS Kawasan Rasah dan PAS Cawangan Cempaka akan mengadakan Majlis Sambutan Aidil Fitri pada hari AHAD 10 Oktober 2010 bermula jam 4.30 petang hingga 7.00 malam bertempat di Surau Ar-Rahman, Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan.
Tuan/ puan seisi keluarga dijemput hadir ke majlis kami ini.
Tetamu jemputan ialah Al-Fadhil Ust. Azman Shapawi binAbdul Rani (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat).
Mohon hebah dan hebohkan kepada para sahabat-sahabat yang lain. INSYAALLAH...
"PAS GEMPUR LABU PRU13"

Tuesday, August 31, 2010

Pentingnya Sifat Cermat Dalam Membuat Tindakan






Saturday, 19 Ramadan 1431

Bersempena dengan peristiwa turunnya Al Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS disegenap lapisan peringkat untuk memanafaatkan baki Ramadhan yang tinggal ini agar ianya diisi dengan amal soleh dan mampu untuk menghampirkan diri kita kepada Allah SWT. Selain dari itu, saya juga ingin memperingatkan kepada seluruh ahli, petugas dan para pimpinan yang berhadapan dengan masyarakat awam Islam dan bukan Islam agar sentiasa bertindak dengan cermat berdasarkan ilmu yang jelas dan penuh hikmah dalam segala bentuk pertuturan, perancangan, tindakan, pemantauan dan penguatkuasaan bagi menjalankan amanah kemenangan yang diberi oleh Allah SWT di segenap ceruk dalam negara kita ini. Janganlah kita bertindak dengan cara yang disangkakan beroleh kebaikan, akan tetapi natijahnya menyebabkan kita sibuk diasak oleh musuh menerusi media yang tidak memihak kepada kita, dan terpaksa pula kita menghabiskan masa untuk menjawab dan mempertahankan sesuatu isu yang ditimbulkan itu. Sesuatu tindakan yang pada asalnya dibolehkan sekalipun, akan tetapi jika menyebabkan polemik dalam masyarakat, malah merugikan pula dari sudut pandangan siyasah umum, maka lebih baik ianya dielakkan. Apatah lagi dalam tindakan yang boleh mendatangkan fitnah kepada organisasi parti PAS itu sendiri. Semuanya perlu dipertimbangkan bagi menjaga maslahat umum seperti disebutkan di dalam kaedah fiqh : Almaslahatul 'ammah muqaddamah 'ala maslahah khasah (Maslahat umum diutamakan dari maslahat khas) dan Dar'ul mafasid muqaddam 'ala jalbil masalih (menolak keburukan diutamakan daripada mengambil maslahah). Selagi mana ia bukanlah satu perkara yang bersifat prinsip, atau sesuatu hukum yang qat'i, maka kaedah tersebut perlulah diguna pakai dalam tindakan-tindakan kita sebagai pejuang Islam, termasuklah dalam proses kita memperkasakan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan. Semoga segala tindakan kita sentiasa dipimpin oleh syariat dan mendapat petunjuk dari Allah SWT.

dipetik dari tazkirah DS TGHH Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Sunday, August 22, 2010

Hak-hak dan kewajipan ahli PAS

    • Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.


    • Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya.


    • Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti.


    • Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.


    • Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.

  1. Kewajipan-kewajipan ahli :

    • Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa.


    • Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus.


    • Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetapkan dan diarahkan.


    • Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam.


    • Memperkuatkan kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri.


    • Pada ‘amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.

  2. Setiap ahli PAS berhak memohon berpindah Kawasan PAS dan berkewajipan untuk mengemukakan satu permohonan bertulis untuk berpindah Kawasan dengan keterangan-keterangan yang perlu kepada Setiausaha Agung yang hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dengan seberapa segera yang boleh bagi menimbangkan permohonan yang berkenaan itu.


  3. Setiap ahli PAS yang berdaftar terus ke Pejabat Agung juga berhak memohon menjadi ahli sesebuah kawasan PAS dengan memohon mengikut kaedah yang sama yang disebutkan dalam ceraian (3)(a) Fasal ini.


  4. Setiap ahli PAS yang berpindah Kawasan itu tidak berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kawasan barunya melainkan setelah mendapat akuan kelulusan berpindah Kawasan dari Setiausaha Agung.